Lelaki maut dibaham buaya

21 Jul 2022 • 10:35 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang pemuda ditemukan maut dibaham buaya awal pagi tadi selepas dilaporkan hilang ketika memancing di Kampung Seberang Meludam, Kuching.

Menurut laporan FMT, mayat mangsa, Abang Mohd Norazat Abang Salim, 27, ditemui terapung oleh bapanya sendiri bersama tiga lagi penduduk kira-kira pukul 2 pagi di kawasan hulu sungai yang terletak sejauh 2.1 kilometer daripada Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan buaya di muka mangsa.

Pasukan itu hanya menemui kasut serta peralatan memancing serta kasut milik mangsa di tepi sungai dan seekor buaya bersaiz besar turut dilihat berdekatan lokasi itu.