Lelaki maut digilis treler

22 Mar 2024 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori treler di jejambat susur Taman Perling, di sini, pada Khamis. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori treler di jejambat susur Taman Perling, di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Skudai hilang kawalan ketika menukar lorong dari susur masuk ke Taman Perling ke Tampoi Indah.

“Akibatnya, motosikal lelaki itu bergesel dengan lori treler jenis Volvo dan menyebabkan lelaki itu terjatuh dan digilis lori terbabit.

“Akibat kemalangan tersebut, lelaki berkenaan meninggal dunia di lokasi kemalangan setelah mengalami kecederaan parah di keseluruhan anggota badan.

“Pemandu lori yang berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kemalangan disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved