
Semalam seorang lelaki warga tempatan maut dihempap kereta dan dipercayai sedang mencuri ekzos kenderaan tersebut di Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata lelaki yang telah maut itu ditemui di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang.
Maut ketika mencuri

Menurut Ketua Polis itu, pihak polis menerima maklumat daripada pihak klinik kesihatan daerah itu bahawa suspek yang berusia lingkungan umur 40 tahun, terbaring dan dipercayai telah meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan.
Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa suspek dan rakannya dipercayai sedang cuba untuk mencuri tabung ekzos kereta. Hal ini berpunca kerana pengangkat kereta yang digunakan tiba-tiba telah terjatuh dan terhempap si mati – Superitendan Ahmad Ridhwan
Kes yang berlaku lebih kurang jam 10.45 pagi itu telah disiasat di bawah kematian mengejut.
Kredit: Buletin TV3
The post Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Cuba Curi Ekzos appeared first on Oh! Media.

