Lelaki maut dihempap ​​pokok di Ranau

LocalEnvironment
8 Oct 2024 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang warga tempatan maut selepas dihempap ​​pokok ketika memotong pokok di ladangnya, di sini, baru-baru ini.

Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kg Tarawas Ranau kira-kira jam 1 tengah hari.

“Panggilan itu diterima menerusi Talian Stesen pada jam 1.16 tengah hari dan sekumpulan lima anggota penyelamat diketuai Komander Operasi, PBK II Wasli Saupin bergegas ke lokasi.

“Turut hadir anggota PDRM dan KKM,” katanya.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Tambahnya, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu 32km dari balai, bomba menemui seorang mangsa berusia 67 tahun yang dihempap ​​pokok semasa menjalankan aktiviti memotong pokok di kebun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota Kementerian Kesihatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 2.30 petang,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.