Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang

15 Mar 2026 • 5:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Stadium dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Moha Zain berkata bomba menerima panggilan pada 1.15 tengah hari daripada pihak Kementerian Kesihatan yang memaklumkan mengenai kejadian pokok tumbang yang menghempap orang awam.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar telah ke lokasi dan sebaik sampai di lokasi mendapati kejadian melibatkan dua penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan itu ketika pokok berkenaan tumbang.

"Akibat itu, seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Farazi Kasim, 51, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 20-an hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja-kerja pembersihan telah dijalankan, dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.53 petang. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved