Lelaki maut dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak

19 Jul 2026 • 10:05 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Lelaki maut dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di depan Dua Residensi berhampiran Kedutaan Singapura di Jalan Tun Razak di sini, kira-kira 10.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata mangsa berusia 43 mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangan dan pendarahan dalaman di bahagian dada.

"Mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebuah lagi kenderaan yang dinaiki tujuh individu berusia dua bulan hingga 57 tahun turut dihempap pokok dalam kejadian itu.

Sazalee berkata kesemua mereka sedang menerima rawatan di HKL dan pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan luaran.

Beliau berkata kerja pembersihan dan pemotongan pokok oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesai pada 12 tengah malam tadi, manakala dua kenderaan terlibat telah ditunda keluar dari Jalan Tun Razak bagi melancarkan pergerakan trafik. - 19 Julai, 2026

The post Lelaki maut dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved