Lelaki maut dilanggar lari di Tuaran

6 Mar 2025 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan dipercayai kes langgar-lari di Jalan Gayang di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan dalam insiden kira-kira 6.30 pagi itu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta. Pemandu kereta itu didapati melarikan diri dari lokasi kemalangan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan setakat ini kenyataan beberapa individu sudah dirakam bagi membantu siasatan.

“Pihak polis giat mengesan pemandu yang melarikan diri itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan”.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika di jalan raya,” katanya.