
Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan di Jalan KK Bypass, berhampiran Klinik Ibu dan Anak Pekan, di Kampung Air, di sini, malam tadi, menurut kenyataan media.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.38 petang itu, mangsa Aspal Jatul, 41, yang berasal dari Semporna disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Polis berkata siasatan awal mendapati pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun terbabit tidak sempat mengelak daripada melanggar mangsa yang melintas jalan kerana jarak terlalu dekat.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
