Lelaki Maut Dipercayai Diserang Gajah Liar Di Gua Musang

LocalEnvironment
14 May 2026 • 7:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Lelaki Maut Dipercayai Diserang Gajah Liar Di Gua Musang

GUA MUSANG - Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditemukan maut dipercayai akibat diserang sekumpulan gajah liar di tepi sungai berhampiran sebuah ladang getah di Jalan Ladang Serasa di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa pada 11.38 pagi dan pasukan daripada Balai Polis Paloh 2 digerakkan ke tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan tapak kaki dan najis gajah di sekitar lokasi yang menguatkan kemungkinan mangsa diserang haiwan liar itu.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam insiden itu dan mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai, khususnya penduduk di kawasan berhampiran hutan dan ladang supaya sentiasa berwaspada serta mengelak daripada memasuki kawasan berisiko yang telah dikenal pasti sebagai habitat hidupan liar, terutamanya gajah. -,BERNAMA

View Original Article