
Tuaran: Seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui maut selepas dipercayai meminum racun rumput di sebuah rumah sewa di Kampung Bantayan, Tamparuli di sini, 24 April lalu.
Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Noraidin Ag Maidin mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian.
Katanya, pihak polis menerima laporan daripada pengadu yang merupakan adik lelaki mangsa berusia 36 tahun selepas dimaklumkan mangsa meninggal dunia oleh pihak perubatan di hospital Tuaran.
“Bertindak atas laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui satu botol racun rumput jenama ANSAR 550 di tepi pintu bilik yang dihuni mangsa. Bahan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk bahan bukti dan siasatan lanjut,” katanya.
SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more Menurut Noraidin, terdapat tiga bilik dan salah satunya lagi disewa seorang penghuni lain, namun ketika kejadian, mangsa hanya seorang diri manakala rakan mangsa pulang ke Kampung Bambangan, Tamparuli.
“Berdasarkan siasatan lanjut, pada jam 6.22 pagi (hari kejadian), seorang saksi lelaki berusia 39 tahun yang berada di Kampung Limbungan, Tamparuli menerima satu pesanan melalui WhatsApp daripada mangsa.
“Mangsa memaklumkan saksi bahwa mangsa telah meminum racun lalu saksi bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil.
“Saksi yang melihat kejadian itu seterusnya mengejarkan mangsa ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Noraidin berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesahkan punca kematian dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

