Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang

13 May 2024 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipijak seekor gajah di Ladang Kampung Om Pos Blau di Gua Musang pada Sabtu.

GUA MUSANG - Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipijak seekor gajah dalam kejadian di Ladang Kampung Om Pos Blau di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah terserempak dengan seekor gajah pada jam 5 petang semasa dalam perjalanan pulang ke ladang.

"Mangsa tidak sempat melarikan diri. Siasatan lanjut mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke atas mayat mangsa," katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, polis berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkait kejadian itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved