Lelaki maut ditembak di depan premis cuci kenderaan

17 Jan 2026 • 1:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM,17 JAN: Seorang lelaki maut selepas ditembak di hadapan sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Besar Permatang Keling, Nibong Tebal malam tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Lelaki tempatan berusia 38 tahun itu dikatakan didatangi dua lelaki bermotosikal kira-kira jam 10.20 malam sebelum seorang suspek melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat.

Mangsa yang cedera parah di beberapa bahagian badan dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak untuk rawatan lanjut, sebelum dirujuk ke Hospital Taiping dan disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

"Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu sebentar lagi," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved