Lelaki maut ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi

LocalPolitics
8 Nov 2025 • 12:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun maut selepas ditembak di sebuah stesen minyak berhampiran Bukit Tinggi malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah bahagian hadapan kereta dan terkena di bahagian badan mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tembakan tersebut mengenai bahagian hadapan badan mangsa menyebabkan kecederaan parah sebelum mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 11.13 malam berhubung kejadian tembakan di kawasan stesen minyak berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 34 tahun dan tidak bekerja,” katanya.

Baca juga:

Menurut Shazeli, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video dan juga gambar insiden kejadian.

Sumber: Sinar Harian