Lelaki Maut Ditembak Di Stesen Minyak Klang Dikehendaki Polis

LocalPolitics
11 Nov 2025 • 2:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Maut Ditembak Di Stesen Minyak Klang Dikehendaki Polis

SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) — Polis mengesahkan mangsa kes tembak di sebuah stesen minyak di sekitar kawasan Bukit Tinggi, Klang dekat sini Jumaat lepas merupakan individu yang dikehendaki polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata lelaki berusia 34 tahun itu juga memiliki beberapa rekod jenayah lain.

Beliau berkata siasatan setakat ini menjurus kepada pelbagai aspek mengambil kira latar belakang mangsa dan tujuh keterangan telah diambil membabitkan isteri serta keluarganya selain saksi kejadian.

“Siasatan masih dijalankan. Bedah siasat telah selesai dan punca kematian ialah kecederaan akibat beberapa das tembakan di bahagian dada serta perut, dan jasad telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Shazeli berkata demikian pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor.

Sebelum ini, Shazeli berkata insiden pada kira-kira 11 malam itu menyaksikan seorang suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta dan terkena bahagian hadapan badan mangsa yang juga seorang penganggur.

BACA: Ramai Tak Tahu, Ini 5 Risiko Bahaya Duduk Menyilang Kaki Terutama Pada Wanita Hamil

Sumber: Bernama

The post Lelaki Maut Ditembak Di Stesen Minyak Klang Dikehendaki Polis appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved