Lelaki maut ditembak di Taman Mesra Indah, Klang, polis siasat motif

LocalPolitics
30 Nov 2025 • 11:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 NOV: Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di Taman Mesra Indah pada Sabtu malam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata pihaknya menerima laporan melalui Pusat Kawalan IPD Klang Selatan pada jam 8.35 malam.

“Satu kejadian tembak dipercayai berlaku dan panggilan dibuat orang awam. Setakat ini, motif masih disiasat dan kes dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintenden Mohd Harman Mohd Hanif di 019-2100334 atau bilik gerakan IPD Klang Selatan di 03-33762222.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan mangsa terkulai dalam kenderaan pacuan empat roda, dipercayai akibat ditembak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved