Lelaki maut ditembak, miliki 12 rekod jenayah lampau

31 Aug 2023 • 4:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 31 OGOS: Lelaki yang memiliki 12 rekod jenayah lampau maut ditembak di kawasan rumah kedai dua tingkat di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata, bertindak atas maklumat, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bergerak ke lokasi kejadian pada 10.35 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati saksi awam telah terdengar bunyi beberapa das tembakan dan berlaku kemalangan (jalan raya) kecil di sekitar lokasi kejadian.

“Mangsa yang berusia 36 tahun itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

“Polis juga masih lagi mengesan beberapa saksi bebas di tempat kejadian, selain mengesan bukti dan kamera litar tertutup di situ bagi mengesan suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Vijaya Rao meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu agar menyalurkannya kepada IPD Klang Utara atau balai polis berhampiran.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved