Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting ketika pertengkaran

4 Jun 2024 • 8:36 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan selepas dipercayai menikam mati bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki dekat Kuching, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Mohd Irwan Hafiz berkata, suspek ditahan kira-kira jam 8.30 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurutnya, sebelum kejadian suspek dan mangsa yang berusia 55 tahun dikatakan terlibat dalam pertengkaran.

“Ketika pertengkaran itu suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam, dipercayai sebilah gunting.

“Mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pagi ini untuk melengkapkan siasatan.

Motif dan punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh. - 4 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved