Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

7 Jun 2024 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit - Gambar JBPM Kedah

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut apabila jengkaut dipandunya yang terbalik di Taman Tasek Semeling, Bidong dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan itu kira-kira jam 4.10 petang tadi.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menjalankan kerja-kerja membuat jalan di lereng bukit. Jengkaut yang terbalik itu menimpa mangsa menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

"Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya," katanya.

Menurut Ismail, pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa dengan dibantu jengkaut lain.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran, 7 Jun 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved