
TAWAU: Seorang lelaki berumur 33 tahun maut selepas kereta Toyota Vios dipandunya bertembung dengan sebuah Toyota Prado di lampu isyarat Fujimart, Jalan Kuhara, awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi itu pemandu Prado berusia 19 tahun datang dari arah Taman Semarak menuju ke bandar Tawau, sementara pemandu Vios itu dari arah Fujimart ke Taman May Flower, Jalan Kuhara.
“Kedua-dua kenderaan kemudian bertembung di bahagian tengah jalan lampu isyarat, menyebabkan Toyota Prado itu berpusing melanggar tiang dan terbabas sejauh 105 meter ke laluan bertentangan, manakala Vios tersebut terbabas sejauh 155 meter ke bahu jalan kiri menuju bandar Tawau.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Pemandu Vios turut tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, menambah pemandu Prado itu tidak cedera.
Jasmin berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
Katanya, siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Terdahulu, katanya, sepasukan sembilan pegawai dan anggota dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.01 pagi menerusi MERS999.
Operasi ditamatkan pada jam 2.26 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

