Lelaki Maut Kereta Dihempap Mesin Cerucuk

7 Dec 2025 • 9:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Maut Kereta Dihempap Mesin Cerucuk

SIBU, 7 Dis (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa, Bili Muli, 31, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Lawas.

“Bomba menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang. Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas berserta jentera tiba di lokasi yang jaraknya lapan kilometer dari balai bomba itu pada 5.03 petang,” menurut PGO.

Mangsa dikeluarkan dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kenderaan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.45 petang.

BACA: SUV Jatuh Gaung: Mangsa Dalam Perjalanan Pulang Urus Persiapan Kahwin

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Maut Kereta Dihempap Mesin Cerucuk appeared first on Siakap Keli.