Lelaki maut kereta dipandu bertembung treler

26 Feb 2026 • 8:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta Jedok di sini pada Khamis.

TANAH MERAH – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan treler di Jedok di sini pada Khamis.

Mangsa, Muhammad Syahmi Hasbullah, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang, Pegawai Bomba Kanan Ismadi Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 petang dan tiba di lokasi pada jam 4.47 petang.

“Setibanya pasukan di lokasi, kami telah membuat penilaian awal dan didapati benar terdapat kemalangan melibatkan sebuah treler dan kereta Perodua Kancil.

“Pemandu kereta berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, semasa kejadian kereta yang dipandu mangsa dipercayai berpusing sebelum merempuh sebuah kereta Perodua Viva.

Ismadi berkata, treler itu kemudian dipercayai terbabas ke bahu jalan dan merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang diparkir di kawasan tersebut.

Tambahnya, pemandu Perodua Viva hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 5 petang dan ia melibatkan lapan pegawai serta anggota," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved