Lelaki maut kereta jatuh gaung di Lebuhraya KL-Karak

5 Mar 2026 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak, awal pagi ini.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak, awal pagi ini.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung.

“Terdapat empat mangsa lelaki yang tersepit di dalam kenderaan dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

"Tiga daripada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved