
Tuaran: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Kindu-Tenghilan, Kampung Munsung di sini, pagi Isnin.
Saiful Suhaimi, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga terbabas dan masuk ke dalam parit.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more “Pemandunya tersepit dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Pasukan bomba turut memeriksa keadaan kenderaan dan sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain.
“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari,” ujarnya.



