Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok

4 Sep 2022 • 11:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak pada Ahad.

TANGKAK - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandu terbabas dan merempuh sebatang pokok di bahu jalan di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir di sini pada awal pagi Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 2.46 pagi.

"Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 32 tahun telah hilang kawalan lalu melanggar pokok berkenaan.

"Mangsa tersepit di bahagian pemandu dan bomba menggunakan peralatan khas mengeluarkannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan operasi tamat pada jam 3.29 pagi.