
TAWAU: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas Proton Satria yang dipandunya terbabas di Jalan Dr Yamamoto kira-kira jam 5 pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mangsa dalam perjalanan pulang ke Kampung Hilltop dari bandar Tawau apabila kemalangan itu berlaku.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu dalam keadaan laju sehingga menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Keretanya terbabas sejauh kira-kira 50 meter sebelum melanggar tiang elektrik dan terbalik.
“Impak kemalangan menyebabkan mangsa tersepit di dalam kenderaan dan usaha menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau yang mengeluarkan mangsa melalui cermin belakang yang pecah,” kata Jasmin dalam kenyataan pada Ahad.
“Pegawai perubatan dari Hospital Tawau mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.”
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata satu pasukan digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 5.13 pagi.
Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan jam 5.54 pagi selepas pasukan mengesahkan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian.

