Lelaki maut nahas tiga kenderaan

LocalCars
18 Jan 2023 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Taman Cahaya Tebong, di Alor Gajah, malam Selasa. (Gambar kecil: Suresh)

image is not available
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Taman Cahaya Tebong, di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian jam 11.01 pagi, mangsa A Suresh, 37, yang beralamat di Kampung Tebong meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada. Mangsa bekerja sebagai kelindan lori.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kereta Perodua Myvi yang dipandu G Sathiabama, 34, hendak membelok ke kanan untuk masuk ke simpang rumahnya.

Menurutnya, mangsa yang memandu Proton Saga Iswara dari arah yang sama cuba memotong namun terlanggar hadapan kereta Sathiabama.

"Pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta Toyota Camry yang diparkir di bahu jalan.

"Daripada perlanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Tambahnya, kenderaan yang terlibat ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Ends#