Lelaki Maut Rempuh Pondok Tol

7 Jul 2022 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan PDRM

PETALING JAYA - Seorang lelaki menemui ajal selepas kereta dipandunya merempuh tembok batu penghalang di Plaza Tol Penchala, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.43 tengah malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 1.24 pagi.

“Mangsa, seorang lelaki tempatan telah terlanggar tembok plaza tol menyebabkan dia tersepit di tempat duduk pemandu.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. Justeru, polis memohon saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor yang bergegas ke lokasi berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjut. - Getaran, 7 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved