Lelaki Maut Renjatan Elektrik, Tiada Pengenalan Diri Ditemui - Bomba

29 May 2023 • 8:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik dalam satu kejadian di Kampung Coldstream, Bidor di Perak, hari ini. - Gambar ihsan JBPM

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik dalam satu kejadian di Kampung Coldstream, Bidor di Perak, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa berusia lingkungan 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi.

“Kami tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada diri mangsa,” katanya hari ini.

Mohamadul berkata, ‘size up’ yang dilakukan mendapati kawasan sekitar kejadian masih memiliki arus elektrik.

“Atas faktor ini, kami terpaksa meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan tiada lagi arus elektrik di situ,” katanya.

Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Tarmizee Hassan itu tamat pada jam 1.35 tengah hari tadi. - Getaran, 29 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved