Lelaki maut SUV terbabas langgar pembahagi jalan

LocalCars
17 Sep 2024 • 8:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SUV jenis Perodua Aruz dipandu mangsa dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Simpang Pulai pada Selasa. Foto Bomba Perak

IPOH - Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat perkampungan Orang Asli Kampung Juang di sini pada Selasa.

Pemandu Perodua Aruz dikenali sebagai Syarul Azrin Anuar, 37, disahkan maut di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.40 pagi.

"Setibanya di lokasi mendapati, mangsa tersepit di bahagian pemandu, namun disahkan maut oleh pegawai kesihatan.

"Kerja-kerja penyelamatan kemudian dilaksanakan dengan menggunakan peralatan hidraulik sebelum mangsa berjaya dikeluarkan sejam kemudian," katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.30 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved