Lelaki Maut Terjatuh Dari Pusat Beli-Belah Di Kuching, Polis Siasat Punca Kejadian

10 Mar 2025 • 10:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pihak Berkuasa Terima Panggilan Kecemasan

Lelaki Maut Terjatuh Dari Pusat Beli-Belah Di Kuching, Polis Siasat Punca Kejadian. Seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah pusat membeli-belah di Jalan Wan Alwi di sini sekitar tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.08 pagi.

image is not available
Lelaki Maut Terjatuh Dari Pusat Beli-Belah Di Kuching, Polis Siasat Punca Kejadian

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati lelaki tersebut dalam keadaan tertiarap, tidak berbaju, dan hanya memakai seluar panjang berwarna hitam,” katanya. Pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesahkan individu itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HUS untuk menjalani bedah siasat.

Tiada Unsur Jenayah Dikesan

Menurut Mohd Farhan, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi mengenai insiden ini demi menghormati sensitiviti keluarga si mati,” tambahnya, menurut laporan media tempatan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803, Balai Polis Sekama di 082-332522, atau mengunjungi balai polis berdekatan.

Dapatkan Bantuan Jika Mengalami Tekanan

Sementara itu, individu yang merasa kesepian, tertekan, putus asa, atau mempunyai pemikiran untuk membunuh diri disarankan menghubungi talian bantuan Befrienders Kuching di 082-242800 bagi mendapatkan sokongan emosi dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari.

Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi Befrienders Kuching melalui e-mel di sam@befrienderskch.org.my.

Baca juga artikel yang berkaitan: