Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Dalam Lurang

28 Apr 2023 • 9:19 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sebaik tiba, anggota bomba mendapati lelaki berumur 30-an itu berada dalam keadaan terbaring di dalam lurang berkenaan - Gambar ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Akibat terkena renjatan elektrik, seorang lelaki disahkan maut ketika berada dalam sebuah lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.04 petang, sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, anggota bomba mendapati lelaki berumur 30-an itu berada dalam keadaan terbaring di dalam lurang berkenaan.

“Siasatan mendapati, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.

“Bagaimanapun, bomba menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan kawasan selamat serta tiada arus elektrik sebelum mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi seperti dilaporkan BH hari ini.

Morni berkata, selepas mendapat kerjasama daripada pihak TNB, bomba berjaya mengeluarkan mangsa.

Jelasnya, pada 11.45 malam, pihak TNB menutup arus elektrik berkuasa 33KV, sebelum mangsa dikeluarkan.

Mangsa, katanya, dikeluarkan anggota bomba dengan bantuan kontraktor TNB, menggunakan jengkaut pada 12.15 tengah malam tadi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – Getaran, 28 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved