
PAPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menjolok buah mangga di Kampung Bambangan, di sini, pada Ahad.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan lapan anggota diketuai Ketua Balai Bomba Rozlan Osman bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.01 petang.
Sebaik tiba di lokasi, katanya, pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa dari pokok yang dipanjatnya untuk menjolok mangga.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Berdasarkan maklumat orang awam, jurucakap itu berkata mangsa menggunakan galah besi untuk menjolok buah mangga tetapi malangnya terkena kabel elektrik berhampiran sehingga menyebabkan dia terkena renjatan elektrik.
“Pasukan bomba menurunkan mangsa menggunakan tangga dan tali selepas bekalan elektrik ditutup oleh Sabah Electricity.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Jabatan Kesihatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Operasi tamat jam 4.29 petang.

