Lelaki maut terkena renjatan elektrik sambungan haram

3 Jan 2025 • 4:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram di Lorong Kuala Neutron Kampung Likas semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan melalui MERS diterima pada 10.45 malam dan menggerakkan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lintas.

“Mangsa bersendirian telah pergi ke kawasan paya bakau untuk mencari ketam sebelum terkena renjatan elektrik,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba terpaksa menunggu Sabah Electricity untuk membuat pemotongan bekalan elektrik sebelum dapat mengangkat mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.