Lelaki maut tersepit nahas dengan lori

15 Mar 2023 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto Bomba Johor

image is not available
Keadaan kerosakan pada kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto JPBM Johor

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Skudai–Kampung Pasir di sini pada awal pagi Rabu.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hazrul Rahmad, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan menerusi talian MERS999 pada jam 4.47 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino dengan kereta jenis Toyota Vios.

“Terdapat seorang lelaki yang didapati cedera dan tersepit di bahagian pemandu kereta Toyota Vios. Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Operasi ditamatkan sekitar jam 5.20 pagi dan mangsa yang maut dalam kemalangan berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Mohd Hazrul berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan.