Lelaki maut tertembak senapang patah, tiga sekawan direman lima hari

7 Jul 2022 • 5:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Tiga rakan kepada lelaki yang maut akibat terkena tembakan daripada selaras senapang patah di kebun durian berhampiran Sungai Gabai, Hulu Langat, di sini, semalam, direman selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kesemua suspek yang berusia 36 hingga 43 tahun itu, direman sehingga 11 Julai depan.

“Ia adalah untuk membantu siasatan kes ini,” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Semalam, seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved