Lelaki melecur dalam kebakaran dua bengkel

LocalEnvironment
7 Nov 2024 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kebakaran membabitkan dua bengkel yang terbakar 80 peratus.

image is not available
Keadaan kebakaran dua bengkel di Jalan Wellfare Kampung Baru Sungai buloh, di sini, pada Khamis.

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki warga asing melecur di kepala dan tangan dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel besi dan sebuah bengkel kitar semula di Jalan Wellfare Kampung Baru Sungai buloh, di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.48 tengah hari.

"Seramai 33 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, BBP Damansara, BBP Petaling Jaya, BBP Bukit Jelutong dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan dua bengkel yang terbakar 80 peratus.

"Seorang lelaki berusia 40-an melecur di kepala dan tangan akibat kejadian itu, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved