Lelaki Melecur Teruk Selepas Cuba Bakar Teman Wanita Di Simpang Renggam

15 Aug 2025 • 3:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki melecur teruk selepas cuba membakar teman wanitanya hidup-hidup berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam, Sabtu lalu.

3 melecur teruk

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 5.46 pagi sebelum seorang pemandu bas pekerja membuat laporan susulan kira-kira 15 minit kemudian.

image is not available

Foto: MG

“Siasatan awal mendapati suspek, 44, datang menaiki kereta sebelum menarik teman wanitanya berusia 37 tahun keluar dari bas pekerja dan memaksa masuk ke dalam kereta.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya keluar sebelum suspek menyimbah petrol ke atas badan mangsa dan dirinya sendiri, lalu menyalakan pemetik api,” katanya.

image is not available

Foto: MG

Seorang lelaki tempatan yang cuba membantu turut cedera melecur di tangan dan kaki. Ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) pada jam 6 pagi dan kini ditidurkan bagi rawatan lanjut.

Kereta suspek turut rosak teruk apabila bahagian pintu penumpang belakang sebelah kanan terbakar. Punca kejadian masih dalam siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

image is not available

Foto: MG

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256, 07-7766822 atau 014-3656822.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)