Lelaki mengadu sambal masin sebelum maut ditikam

9 Nov 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki mengadu sambal masin sebelum maut ditikam

JAKARTA – Berang sambal masakannya dikritik terlalu masin, seorang lelaki tergamak menikam anak saudaranya sediri  hingga mati dalam  kejadian  di Kampung Sindangsari, Garut dalam wilayah  Jawa Barat,  baru-baru ini, lapor saluran berita Kumparan.

Mangsa  berumur  21 tahun yang dikenali sebagai RS, dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas diserang bapa saudaranya, M Alias Opik, 39, menggunakan senjata tajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Garut, AKP Herman Saputra berkata, kejadian pukul 9 malam (waktu tempatan) itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut sewaktu mereka menghadiri acara makan bersama keluarga atau tradisi tempatan yang dikenali sebagai ngaliwet.

Menurut polis, suasana kenduri kecil di rumah yang asalnya tenang bertukar kecoh selepas mangsa secara spontan mengadu  sambal yang dihidangkan terlalu masin.

Komen itu menyinggung perasaan suspek yang beranggapan mangsa biadab dan tidak menghargai hidangan yang telah disediakan, sebelum tercetusnya pertikaman lidah antara mereka.

Selepas tetamu lain beransur pulang, hanya mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah berkenaan. 

Suspek kemudian bertindak agresif dengan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam sehingga mengakibatkan beberapa kesan tikaman serius di bahagian tangan, dada, dan perut.

Kejadian menyayat hati itu disedari ibu bapa mangsa yang terkejut menemui anak mereka terbaring berlumuran darah di atas lantai sebelum bergegas membawanya ke hospital berhampiran. 

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan pemuda terbabit gagal dan dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Polis memberkas suspek beberapa jam selepas kejadian. Dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Garut bagi membantu siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang jenayah berkaitan keganasan yang membawa kepada kematian. – AGENSI

 

The post Lelaki mengadu sambal masin sebelum maut ditikam appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved