Lelaki mengaku tak salah menyamar pegawai kanan SPRM

11 Jan 2024 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki bekerja sendiri berusia 29 tahun didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini, Rabu, atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki sebanyak RM49,300 dengan menyamar sebagai pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aries Ryan Phillip Among, 29, yang hadir di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Aries didakwa menipu Mohd Zaidi Abdullah melalui aplikasi WhatsApp dengan mendorongnya untuk percaya bahawa dia adalah Dato Sri Ahmad Khusairi Yahya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, sekali gus mendorong Mohd Zaidi memasukkan RM8,000 ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad atas nama Dzulkhairie Norzain untuk sumbangan lembu korban.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 11.46 pagi, 24 Jun 2023 di sebuah banglo di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Aries, bagi pertuduhan kedua, didakwa menipu lelaki yang sama melalui aplikasi WhatsApp dengan mendorong lelaki itu untuk percaya bahawa dia adalah Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga mendorong lelaki itu memasukkan RM27,000 ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad di bawah nama Mohammad Aimman Rahmat Ali untuk sumbangan bagi menghadiri konvokesyen anak Azam di Sydney, Australia dan memasukkan RM14,300 lagi ke dalam akaun lain Maybank Islamic Berhad di bawah nama Mohd Ivran Shah untuk tujuan pinjaman.

Kesalahan itu didakwa berlaku di tempat sama pada 11.22 pagi 30 Jun 2023.

Setiap pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Aries juga meminta dibicarakan terhadap dua pertuduhan alternatif menipu yang didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan alternatif pertama menyatakan Aries didakwa menipu Mohd Zaidi Abdulah melalui aplikasi WhatsApp dengan memperdayakan Aries untuk memasukkan RM8,000 ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad atas nama Dzulkhairie Norzain untuk sumbangan lembu korban, pada 11.46 pagi 24 Jun 2023 di sebuah banglo di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini.

Pertuduhan alternatif kedua menyatakan Aries didakwa menipu lelaki yang sama melalui aplikasi WhatsApp dengan memperdayanya memasukkan RM27,000 ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad di bawah nama Mohammad Aimman Rahmat Ali kononnya untuk sumbangan bagi menghadiri konvokesyen anak kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki di Sydney, Australia dan memasukkan RM14,300 lagi ke dalam satu lagi akaun Maybank Islamic Berhad di bawah nama Mohd Ivran Shah untuk tujuan pinjaman, di tempat sama pada 11.22 pagi 30 Jun 2023.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee mencadangkan jaminan RM40,000 bagi kedua-dua pertuduhan utama.

Peguam Muhamad Amirul Amin, yang mewakili Aries, memohon jumlah jaminan rendah atas sebab, antara lain, tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

Jason menetapkan 14 Feb ini untuk sebutan dan melepaskan tertuduh dengan jaminan RM40,000 berdeposit RM5,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk syarat tambahan kepada jaminan iaitu tidak mengganggu saksi pendakwaan, melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali, dan pasportnya disimpan oleh mahkamah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.