Lelaki Mengaku Tidak Bersalah, Tipu Jumlah Duit Projek Masjid Bernilai RM40K Di Sabah

25 Jun 2024 • 4:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tawar projek membina sebuah masjid di Pitas

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah, Tipu Jumlah Duit Projek Masjid Bernilai RM40K Di Sabah. Seorang lelaki berusia 33 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas pertuduhan menipu seorang lelaki sebanyak RM40,000 berhubung sebuah projek masjid di Pitas, tahun lepas.

Abd Rudi Jenain mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas tuduhan menipu Azmain Maidin dengan menawarkan projek membina masjid di Pitas, Kota Marudu, dan menyebabkan Azmain menyerahkan RM40,000 kepadanya.

image is not available
Lelaki Mengaku Tidak Bersalah, Tipu Jumlah Duit Projek Masjid Bernilai RM40K Di Sabah. Sumber: Daily Express

Rudi didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Mei 2023, pada tengah hari, Grace Point, Jalan Sembulan di sini.

Pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Inspektor Kelvan Elson Maik ketika memohon tarikh sebutan, mencadangkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin.

Tidak diwakili, Rudi memohon jumlah ikat jamin yang lebih rendah.
Lovely menetapkan 7 Ogos untuk pengurusan kes dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 serta dua orang penjamin.

Baca lagi artikel menarik: