Lelaki menggigil mahu beli tiket bas balik rumah, isteri meninggal dalam kemalangan

30 Jan 2025 • 4:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
lelaki menggigil mahu beli tiket bas

Seorang lelaki menggigil mahu beli tiket bas untuk segera pulang ke rumah selepas mendapat tahu bahawa isterinya meninggal dunia dalam satu kemalangan dan anak-anak berada di unit rawatan rapi (ICU).

Perkara tersebut diceritakan oleh seorang pengguna TikTok yang juga penjual tiket yang dikenali sebagai kakakbusteng sewaktu menerima pelanggan yang mahu mendapatkan tiket dalam kadar segera kerana menerima berita duka tersebut.

Lelaki menggigil mahu beli tiket bas dari Besut ke Klang

Menerusi perkongsian itu lagi, dia memaklumkan lelaki terbabit datang dalam keadaan menggigil dan panik mahu membeli tiket bas menuju ke Klang, Selangor dari Besut, Terengganu.

Namun begitu, pengguna TikTok berkenaan menyatakan bas yang bergerak ke lokasi tersebut sudah tidak ada dan perlu menunggu bas di malam hari.

image is not available

Lelaki menggigil mahu beli tiket bas, tapi tiket petang dah habis

Situasi itu membuatkannya berasa sedih kerana tidak dapat membantu lebih-lebih lagi melihat lelaki terbabit berada dalam keadaan sugul.

Difahamkan, lelaki berkenaan datang ke Besut dengan menggunakan motosikal apabila menyertai ‘ride’ bersama kenalan yang lain sebelum mendapat berita tentang isteri dan anak-anaknya.

image is not available

Allahuakbar, perkara paling takut berlaku macam ni

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata akui kejadian seperti itu sangat menakutkan bagi mereka yang meninggalkan keluarga ke luar kawasan.

Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka mendoakan agar urusan lelaki terbabit dipermudah dan tiba ke rumah dalam keadaan selamat.

image is not available

Semoga urusannya dipermudah

image is not available

Salam takziah buat lelaki tu

image is not available

Pernah ada pengalaman hampir sama

image is not available

Situasi panik seperti itu sememangnya menjadi igauan ngeri kepada anak-anak rantau yang berkelana ke suatu tempat dengan meninggalkan keluarga.

Semoga urusan lelaki itu dipermudah dan sama-sama kita berdoa untuk keselamatan diri serta ahli keluarga yang ditinggalkan.

Sumber: TikTok kakakbusteg