
Lelaki Meninggal Dunia Di Puncak Bukit Maras
KUALA NERUS, 21 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di puncak Bukit Maras, di sini, petang tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Nerus Muhammad Al Fadil Mat Amin berkata dalam kejadian pada 6.48 petang itu, mangsa, Nazli A. Hamid, 55, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
Seorang Pendaki Gunung Lambak Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Serangan Jantung
79 Tahun Hidup Bersama, Pasangan Warga Emas Meninggal Dunia Meninggal Dunia Selang Beberapa Jam
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus digerakkan ke lokasi.
"Anggota penyelamat kemudian meletakkan mangsa di atas pengusung sebelum membawanya turun menggunakan kenderaan utiliti ke kaki bukit dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi malam ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.





