Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu

7 Aug 2022 • 10:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu di Kundasang, Ranau, hari ini.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 gunung berkenaan.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) menerima panggilan kecemasan pada 1.23 tengah hari lalu 12 pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi kejadian,“ menurut kenyataan itu.

Lelaki itu diberikan bantuan pernafasan menerusi tindakan awal oleh pasukan MOSAR, anggota Taman-Taman Sabah dan malim gunung sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robertson.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 4.30 petang,“ menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved