Lelaki menyamar anggota bomba Kapar, perdaya orang ramai dapatkan wang

LocalPolitics
29 Aug 2025 • 8:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota bomba bagi memperdaya mangsa mendapatkan wang.

Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata lelaki berkenaan dikesan menghantar mesej kepada mangsa melalui aplikasi TikTok, mendakwa terdesak meminjam wang serta memperkenalkan dirinya sebagai anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar.

“Bagi meyakinkan mangsa, suspek mendakwa boleh ditemui di BBP Kapar dan beberapa individu telah menghubungi balai berkenaan untuk mencarinya selepas ditipu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Wan Md Razali berkata suspek turut memperdayakan sebuah kedai makan yang sering dikunjungi anggota bomba di Kapar dengan menghubungi premis itu untuk meminjam wang serta memberikan kod respons pantas (QR) atas namanya.

“Selain itu, suspek juga didakwa menghubungi empat kedai makan lain bagi membuat tempahan makanan palsu dengan menyamar sebagai anggota BBP Kapar,” katanya.

Beliau berkata laporan polis berhubung kegiatan lelaki itu telah dibuat semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved