Lelaki menyamar polis samun keluarga warga asing di Klang

LocalPolitics
5 Jan 2025 • 3:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 5 JAN: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata lelaki warga tempatan itu dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis serta meminta RM4,000 jika tidak mahu ditangkap.

Beliau berkata mangsa dan keluarga yang berasa terancam telah menyerahkan dua cincin emas dan sebuah telefon bimbit kepada suspek berusia 23 tahun itu.

“Suspek terus melarikan diri sengan menaiki motosikal yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftaran dengan laporan polis dibuat kira-kira 1.24 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vijaya Rao berkata suspek yang ditahan bersama barang rampasan kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

“Polis menyeru masyarakat supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved