Lelaki miliki 18 rekod kesalahan dadah ditahan lagi

17 Feb 2023 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SIBU - Bagai tidak serik dengan kesilapan lepas, seorang lelaki yang memiliki 18 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah ditahan polis pada Khamis susulan penemuan 129.59 gram bahan terlarang itu bernilai lebih RM12,000 di sebuah rumah di Jalan Ek Dee di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu kira-kira jam 7.10 malam.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek, pihak polis telah merampas tujuh peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan.

Katanya, hasil ujian mendapati lelaki itu positif methamphetamine dan amphetamine.

"Suspek telah direman selama enam hari bermula hari ini (Jumaat) bagi membantu siasatan," kata Zulkipli. - Bernama

​​​

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved