Lelaki Miliki Suara ‘Sebijik’ Macam P. Ramlee Sampai Mawi Tak Percaya, Siap Suruh Tutup Muzik [Video]

Music
12 Jan 2024 • 4:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Karya-karya filem dan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sememangnya diminati ramai orang, bukan hanya generasi terdahulu, bahkan anak-anak muda juga menyukainya.

Maka tidak hairanlah sehingga hari ini masih ada individu yang mengidolakan Seniman Agung Negara itu, sehingga meniru gaya lakonan atau suaranya.

Sebelum ini, Allahyarham Fairuz Misran pernah digelar sebagai klon P. Ramlee atau P. Ramlee Sabah kerana rupa parasnya dan suara yang tak ubah seperti lagenda negara itu.

Tular video lelaki nyanyi lagu P. Ramlee, siap pakej suara sama

Terkini seorang lagi lelaki pula tular di media sosial kerana memiliki suara yang boleh dikatakan sama seperti P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @laguvideoradhi, lelaki yang dikenali sebagai P. Radhi itu berjaya memukau para tetamu ketika menyanyikan lagu Anak Dara Rindu daripada P. Ramlee semasa di sebuah majlis.

Mawi tergamam dengar suara P. Radhi, sampai tak percaya

Lebih menghiburkan, penyanyi dan penyampai radio Mawi yang berada di situ juga tergamam dan seakan tidak mempercayai suara milik lelaki itu.

Tidak hanya itu, Mawi juga berseloroh dengan meminta individu yang menjaga ‘public address system’ (PA System) untuk mematikan lagu yang sedang dimainkan.

“Apahal ada ‘minus one’ ni, betul ke suara dia? Tutup suara, tutup suara bang,” kata Mawi.

Difahamkan juga, majlis tersebut dipercayai dianjurkan stesen radio Zayan di kediaman Mawi.

@laguvideoradhi

#fyp #terding #pradhi #pramlee #vedioradhi #luncaiemas #mawi nakdararindu@Kelvin Ray @muhammadradhi80 @amirull @Perantau Kota @NAWLAA@UWWAIS @AR wanz

♬ original sound – P.Radhi – P.Radhi

Netizen turut terpukau dengan kemerduan suara P. Radhi seperti P. Ramlee

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terpukau dengan kemerduan suara P. Radhi yang sama seperti Allahyarham P. Ramlee.

Segelintir netizen juga mendakwa wajah lelaki tersebut juga sama seperti P. Ramlee di waktu muda dan masih kurus.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan perasaan rindu terhadap Allahyarham Fairuz Misran selepas melihat video terbabit.

image is not available

image is not available

image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Source: