
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sepuluh tahun dan dikenakan 10 kali sebatan rotan kerana memiliki 33.41 gram syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, menjatuhkan hukuman itu kepada Rauhilfud S. Zimu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.Advertisement Rauhilfud didapati memiliki dadah itu pukul 1.20 petang, 30 April 2024, di tepi jalan di Kg Lok Bruno, Sepanggar, Manggatal.
Kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama itu memperuntukkan penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup, serta sebatan sekurang-kurangnya 10 kali jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah memerintahkan Rauhilfud menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.
Sementara itu, dua rakan tertuduh Rauhilfud, Nursani Amming dan Danico Bernardo, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dihadapi mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Semasa prosiding, kedua-duanya memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak terlibat dalam kes tersebut dan meminta untuk menjalani ujian dadah.
Mahkamah menetapkan 12 Februari tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan memerintahkan kedua-dua tertuduh direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim tampil untuk pendakwaan.


