Lelaki miliki syabu dipenjara 19 bulan

17 Jun 2022 • 2:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang warga tempatan dipenjara 19 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu kerana memiliki 8.60 gram syabu.

Mohamad Dzul Ezdwan Kolis, 26, mengaku bersalah di hadapan Majistret Ryan Segaran atas pertuduhan memiliki dadah itu pada 5 Mac tahun ini di sebuah ladang di Bukit Belacon, Jalan Segama.

Mohamad didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) Akta yang sama.

Mengikut fakta kes, Mohamad ditahan pada 5 Mac lalu, susulan serbuan di sebuah pondok di ladang itu di bawah Ops Tapis.

Semasa serbuan, tertuduh cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi kemudiannya ditahan oleh pasukan operasi dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas tertuduh telah membawa kepada penemuan dadah di dalam beg sandangnya.

Mahkamah memerintahkan Mohamad menjalani hukuman secara berasingan daripada sabitan Seksyen 15 (1)(a) di mana dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkap.

Inspektor Mohamad Soffi Jalal menjalankan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.