Lelaki Muslim Berpakaian Wanita Di AJL39 Akan Dipanggil JAKIM!

LocalEntertainment
17 Feb 2025 • 8:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Jakim lelaki berpakaian wanita

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan lanjut selepas tular insiden seorang lelaki Muslim berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah program hiburan di ibu negara.

Menurut laporan RTM, JAKIM akan mengadakan sesi perbincangan tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

JAKIM rujuk MCMC untuk tindakan lanjut

image is not available

JAKIM juga telah memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

MCMC bertanggungjawab mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Jelas beliau, Islam mengiktiraf hiburan sebagai elemen kegembiraan dan kesejahteraan, namun ia perlu dibatasi dengan adab supaya tidak bercanggah dengan akidah, syariah, dan akhlak Islam.

JAKIM minta semua pihak lebih peka

image is not available

Dalam pada itu, JAKIM menyeru semua pihak supaya lebih peka dan menghormati nilai-nilai serta sensitiviti agama di Malaysia.

Kami berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

#ApaKataOhmedia

Hiburan itu tak salah, tapi jangan sampai melanggar batas agama dan sensitiviti masyarakat. Hormati nilai-nilai budaya kita supaya hiburan terus menjadi sesuatu yang positif dan bermanfaat!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: RTM


The post

appeared first on

.